Selasa, 26 Julai 2011

Kenangan Perang Tahun 2006 di Beirut Lebanon.


Dalam mengharungi kehidupan ini,setiap orang mempunyai kenangan yang tidak dapat dilupakan begitu juga dengan diriku. Di antara kenangan yang tidak dapat dilupakan adalah Perang Lebanon - Israel pada bulan Julai 2006. Pada masa itu aku mengikut suami yang bertugas disana.

Masih terbayang lagi peristiwa yang berlaku pada hari tersebut iaitu selepas kami bersolat subuh tiba2 terdengar letupan bom yang menggegarkan apartment yang kami duduki.Aku dan suami tertanya2 apakah yang terjadi dan dengan secepat kilat suami mengambil remote tv dan membuka tv sambil mendengar berita yang tertera di kaca tv tersebut...rupanya airport Beirut telah di bom oleh pihak Israel pada pagi tu...Apa perasan aku...entah le tak tau apa nak digambarkan...suami pada masa itu terus menghubungi staff untuk bertanya apa yang berlaku..maka jawab staff suami aku ,pihak israel telah menyerang lebanon dan kebanayakan jalan di dalam bandar beirut telah ditutup..jadi mereka tidak dapat datang ke ofis.Alhamdulillah pada ketika itu ofis ngan umah kami satu bangunan so tidak ada masalah untuk suami dan seorang lagi kak yang bertugas bersama2 suamiku ke ofis.Ofis suami aku tetap beroperasi kerana mereka terpaksa menghubungi semua rakyat malaysia yang berada di sana.

Pada pagi hari tersebut,aku melihat ramainya rakyat Lebanon dari selatan telah turun ke bandar Beirut untuk bersiap2 keluar dari lebanon...dalam ertikata lain lapangan terbang pada masa tu tidak dapat beroperasi so sekiranya nak keluar dari sini kena menggunakan jalan darat.maka jalan yang digunakan adalah jalan sebelah utara ,kerana jalan sebelah selatan jugak telah di bom oleh pihak israel...Keadaan memang nampak terlalu kelam kelibut...ramai yang singgah sebentar ke service apartment yang kami duduki untuk sementara kemudian mereka mula bergerak semula....masing2 membawa barang keperluan dan bagi yang berduit nampak mereka membewa brief case yang katanya didalam beg tersebut adalah duit,maka dari hari tersebut barulah aku tahu di sini ramai rakyatnya yang menyimpan duit secara cash jadi sekiranya berlaku kejadian seperti nie mereka cuma akan membawa wang tersebut.

Berbalik pada cerita perang tadi,pada waktu siang suasana sepi sahaja,yang nampak adalah rakyat Lebanon mula melarikan diri ke tempat lebih selamat seperti ke bukit2 dimana mereka mempunyai tempat persembunyian.Manakala kalau melihat dari apartment yang aku duduk tu ke laut ternampak jet2 pejuangIsrael memerhati saja ke arah bagunan kami...apa yang kami rasa masa tersebut...entah le ye rasanya semua yang berada didunia nie cam tak de pe2 nilai yang pasti terasa saat kematian semakin hampir je.Bila malam pulak mula le dengar jet2 pejuang israel memulakan serangan...jadi bila je dengar jet israel,maka kami akan berlari ke dinding dan berdiri tegak di situ kerana menurut staff yang biasa menghadapi perang tersebut,perlu melakukkan begitu supaya kami selamat sekiranya bagunan tersebut miss target dari pihak israel.Begitu le keadan kami selama 3 hari sehingga le pada hari ke4,israel menyebarkan flyer menyatakan akan mengebom kawasan yang 10min dari apartment yang kami duduki,suami meminta pendapat dari pihak UN yang bertugas dan mereka menyatakan lebih baik kami keluar dari apartment tersebut kerana takut pihak Israel miss target dan terkena apartment yang kami duduki...

Setelah melalui beberapa prosedur baru le suami aku mendapat kelulusan untuk menutup ofisnya dan menuju ke Tripoli iaitu di sebelah utara Lebanon.  Kami keluar dari Beirut dalam 15min sebelum Israel nak bom tempat yang dia cakapkan...aku masa tu menelefon mak di kampung meminta mendoakan kami selamat dan sekiranya apa2 berlaku aku meminta maaf serta halalkan makan minum...kalau kata itu saat kematian aku..terasa memang menakutkan.susah nak gambarkan ...jadi kami bergerak dari apartment tersebut,dalam 5min perjalanan je bom pun dilepaskan di kawasan yangdikatakan di israel...kereta kami (2 buah) sahaja yang berada dijalanan masa tu. Kereta kami bergegar tak dapat di control oleh driver  buat seketika kerana letupan tersebut...aku dan suami cuba dapat membaca surah yassin dan berdoa saja supaya kami selamat. Pada masa tu fikiran aku sempat lagi berkata...apa ada pada harta sekiranya Allah nak mengambilnya dari kita dalam sekelip mata je Dia dapat melakukannya.Begitu jugak nyawa kita..

Hari semakin gelap,kami tak dapat meneruskan perjalanan ke Tripoli kerana berbahaya drive di waktu malam dalam keadaan perang ,jadi suami ambik keputusan kami berhenti di Jounie. Kami menginap di Hotel....Apa yang paling aku terkejut ialah dalam keaddaan perang di Beirut,di kawasan nie seperti tidak ada apa2 berlaku malah sedang berlangsung  majlis perkahwinan lagi ngan tarian2nya...subhanallah..Dan buat pertama kali setelah 4 hari kami tak dapat melelapkan mata, pada malam tersebut kami dapat tidur dengan lena seperti tidak ada apa2 pun berlaku.

Keesokkannya, di sebabkan beberapa hal kami bergerak ke Tripoli pada waktu tengahari. Suasana di perjalanan tersebut agak sibuk sebab masih banyak kenderaan yang bergerak ke utara Lebanon untuk keluar ke Syria. Kami sampai di Tripoli pada pukul 3pm, hotel pada masa tu tersangat le sibuknya..alhamdulillah ada bilik untuk kami. Alhamdulillah suasana di Tripoli jugak tidak sama seperti di Beirut dan Saida (selatan Lebanon)jauh dari suasana perang...kami ingat pelarian kami hanya sampai di sini..rupa2nya...pada malam tersebut pihak Israel jugak telah mengebom jalan yang menghubungkan Beirut dengan Tripoli...ini bermakna jalan untuk keluar dari Lebanon cuba dihapuskan.

Pada hari ke 5 perang, kami di Tripoli, pagi-suami aku bersiap2 untu bf, tiba2 dia mendapat panggilan dari staff yang mengatakan bahawa Kerajaan Lebanon telah mengeluarkan arahan bahawa mereka  tidak bertanggungjawab atas apa2 yang berlaku iaitu bermakna sekali lagi kami kena bergerak. Sekali lagi kami meneruskan misi pelarian kami. Semasa sampai di border,aku dapat melihat berbagai2 lapisan rakyat yang beratur untuk keluar dari Lebanon...kesiannya...kami di Syria selam 3 minggu selepas itu kami balik ke Malaysia.Sayangnya pada masa itu aku tidak mempunyai kamera untuk merakamkan suasana perang tersebut....

Pengajaran daripada peperangan tersebut adalah aku kurang berbelanja perkara2 yang tak berfaedah...kalau aku nak belipun ,benda2 yang aku gunakan....banyak lagi yang aku dapat seperti sekiranya kita kejari dunia,sampai bila....sedangkan kalau Allah nak mengambilnya bila2 masa je...aku coretkan pengalaman nie untuk diriku sendiri walaupun aku tidak dapat mencoretkan secara terperinci atas sebab2 tertentu..


LAWATAN KE SEBUAH SEKOLAH DI SELATAN LEBANON

Setelah kami kembali bertugas semula di Lebanon, pihak ofis suamiku mengadakan satu lawatan ke sebuah sekolah di selatan Lebanon untuk menyampaikan sumbangan bagi Pihak tertentu.Aku mengikuti lawatan tersebut.Apa yang ingin aku sampaikan di sini ialah mengenai cerita yang disampaikan oleh pengetua sekolah tersebut mengenai kejadian semasa peperangan tersebut.Menurut pengetua tersebut semasa askar2 Israel memasuki sekolah tersebut,askar2 israel telah melepaskan tembakan kepada kanak2 yang sedang belajar,jumlah kanak2 yang terkorban di sekolah tersebut dalam 20 orang.

Tapi bukan itu yang ingin aku sampaikan,menurut Pengetua sekolah tersebut,satu kejadian misteri telah berlaku dimana pihak Israel ada memasuki sebuah bilik yang mengandungi kanak2 berumur 4-8tahun seramai 7-10 orang.Tetapi yang peliknya askar2 Israel tidak nampak kanak2 tersebut   sehingga kanak2 tersebut terselamat dari kekejaman mereka....Bukankah itu satu keajaiban yang berlaku....Orang islam di Selatan Lebanon percaya mereka selalu mendapat perlindungan dari ALLah swt.

Itu adalah salah satu cerita yang dapat aku kongsi bersama.


Almari di sebuah sekolah di Selatan Lebaonan yang ditembak oleh askar2 Israel ketika memasuki kawasan sekolah tersebut.
Tambah kapsyen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan