Selasa, 26 Julai 2011

Eggplant Kofte (Patilican Kofte)



Patilican Kofte merupakan salah satu makanan Turki. Ia adalah merupakan terung dibalut dengan bebola daging. Di sini Azie ingin sama2 berkongsi resepi masakan tersebut bersama2 rakan2 blog..... Bagi sesiapa berminat bolehlah mencuba.......

Bahan2 yang digunakan :-

*1/2 kilo daging hancur
*sebiji telur
*2 ulas bawang putih
*1 sudu teh jintan manis
*1 sudu teh serbuk kunyit
*3 sudu bawang besar yang di blend
*1 sudu besar cili blend
*1/2 sudu teh lada hitam
*garam secukup rasa
*2 sudu besar serbuk roti
4 biji terung ( dihiris nipis2 memanjang)

Cara2 membuat

Bahan2 yang di gunakan

Semua bahan2 yang bertanda * di gaul sebati

Terung dibasuh dan di lap kering sebelum dihiris nipis2

Terung yang di hiris nipis di goreng

Kofte (bebola daging)yang siap di bentuk dan untuk di goreng

terung yang siap digoreng

Kofte @bebola daging yang digoreng sehingga masak

Bahan2 tambahan yang digunakan :-
Bawang besar,cili benggala dan tomato

Cara2 membalut Kofte@bebola daging

Siap ,cuma menunggu untuk sos

Membuat sos
Cili dikisar,sos tomato ,garam,gula secukup rasa.Masak sehingga mengelegak.

Sos di siram di atas kofte tadi,kemudian dibakar dalam oven selam 15-20minit (suhu 180c)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan