Khamis, 31 Mei 2012

Pelangi D Bumi Ankara 2012


Pertama kali melihat Pelangi di Ankara....Antara gambar2 yang sempat aku rakamkan...


Cantikkan keindahan Alam yang Allah tunjukkan.


Double pelangi rupanya....


Sambil2 tu jom layan Lagu Sudirman pulak....Pelangi Petang...
Selamat Mendengar...




Rabu, 30 Mei 2012

PIDE ( Masakan Turki )




Merupakan salah satu makanan Turki, rasanya seperti pizza. Azie ucapkan ribuan terima kasih kepada Pn Iza Karmila kerana sudi mengadakan morning coffee di samping mengadakan sessi belajar membuat pide. Buat teman2 yang ingin mencuba....ini resepinya serta langkah2 bergambar...

SELAMAT MENCUBA....

RESEPI PIDE

Bahan- bahannya

*3 cawan tepung gandum
*1 pkt yis
*air suam kuku secukupnya
*sedikit garam
* bahan2 untuk membuat doh.


Cara2 Menbuat Doh


Satukan semua bahan yang bertanda* kedalam mangkuk

Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sampai lembut

Sehingga menjadi doh seperti ini, kemudian biarkan
selama 1/2 jam @sehingga doh tu naik sekali ganda

 Bahan2 untuk intinya

2 biji cili hijau &1 biji bawang besar - di blend hancur
2 biji tomato
sedikit daun pasli
1/2 kilo daging hancur

* Semua bahan di atas  di campur dengan 3 sudu olive oil


Bahan2 yang digunakan
Semua bahan2 untuk intinya di campur 3 sudu olive oil



Langkah2 seterusnya setelah doh ready...

Setelah Doh ready, bahagi kepada beberapa bahagian
Doh di uli serta ditabur sedikit tepung supaya tidak melekat

Siap di bentuk perahu dan diisi bahan daging tadi

Sapukan sedikit kuning telur diatas doh tadi dan
bakar api atas bawah 250c selama 20min @sehingga
masak

Pide

Ok tu je untuk hari ini,nanti ada masa Azie masukkan resepi2 yang telah Azie cuba dan menjadi....kalau tak jadi kesian pulak kat member2 yang mencubakan......Bye sehingga ketemu lagi....

Bowling 2012 ( Ankara, Turki)

Minggu lepas Azie temankan cik Hubby pi lawan bowling mewakili ofisnya. Kalau ikutkan hati nak Azie join sekali tapi disebabkan baru buat operation so Azie tak dapat main...Masa diorang praktis baling bola bowling tu....rasa2 cam Azie nak pi baling je bola tu....hehehehe

Member2 yang ambil bahagian

Alhamdulillah ofis Cik Hubby dapat tempat ke3 , ok le tu sebab sebelum nie pun mana ada praktis2 cuma pi main masa perlawanan je...Tahniah Azie ucapkan pada Team .....
Jom intai antara photo2 yang diambil...




Ragam peserta

Agak2 apa yang ditepuk oleh member2 tu ye...

Ambik kesempatan tangkap gambar ngan Cik Hubby

Peserta bersama hadiah yang di menangi

Kitaorang tak melepaskan peluang nak bergambar bersama2...

Salam Bulan Rejab

Assalam semua....

Minggu nie tengah ada mood nak update sikit blog yang dah lama tak buka nie...Pe Kabar semua? Dah masuk pertengahan bulan Rejab, tak lama lagi kita akan berjumpa bulan Ramadhan . Dan Buat persedian untuk berpuasa ke..? Banyak amalan yang boleh kita lakukkan semasa bulan Rejab niekan .

Antara2 nya yang dapat Azie kongsi bersama di sini

 

Amalan Bulan Rejab


Dipetik dari buku 75 Solat Solat Sunat Serta Doa Dan Wirid


Di bulan Rejab, dianjurkan memperbanyak doa, amal zikir dengan ketentuan sebagai berikut:
Diriwayatkan oleh Ibnu 'Asyaakir, dari Abu Umamah, sabda Nabi Muhammad (s.a.w.): "Tiga malam yang tidak ditolak doa padanya iaitu doa di awal Rejab, malam AidilFitri dan malam Aidil Adha".
Oleh kerana itu dianjurkan:
  1. Puasa pada Khamis pertama bulan Rejab, syurga bahagiannya. (Al-Baqarah)
  2. Bahawa di syurga ada sungai, dinamai 'Rejab' yang lebih putih dari susu, lebih dingin dari ais, dan lebih manis dari madu, sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab, Allah mengurniakannya minuman dari sungai itu. (hadis)
  3. Puasa pada 1 Rejab, menjadikan kafarat (menghapuskan) dosa-dosa kecil. (Aljaami'us Shaghiir)
  4. Pernah Nabi Adam bertanya kepada Tuhan, mengenai hari-hari apa yang disukai Allah, katanya: 'Nisfu Rejab': Sesiapa yang menghampirkan diri dengan puasa, solat sunat, bersedekah, beristighfar, permohonannya akan dikabulkan, dosanya diampuni, dengan bersedekah dan berzikir & menjaga diri dari berbuat maksiat. Syurga bahagiannya."
  5. Malam 15 dan 27 Rejab, dianjurkan agar mengerjakan solat sunat 12 rakaat dengan 6 salam. Pada tiap-tiap rakaat dibaca fatihah dengan salah satu surah.

Fadilat Rejab:


  1. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan di beri minum air dari syurga."
  2. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalang dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)."
  3. Berkata Saidina Ali r.a.; "Berpuasa Rejab 13 hari itu seperti berpuasa 3000 tahun."
  4. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal (baki) dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."
  5. Nabi s.a.w bersabda; "Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya, seperti berpuasa sebulan pahalanya."
  6. Nabi s.a.w. bersabda; "Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti."
  7. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."
  8. Nabi s.a.w. bersabda; "Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab, dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar dalam syurga Firdaus."
  9. Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa 3000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran di naikkan ke langit), 70 hajat ketika di timbang amalannya di Mizan, 70 hajat ketika berlalu di atas titian Siratul-Mustaqim."
  10. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat di atas titian Sirotulmustaqim pada hari Kiamat."
  11. Nabi s.a.w. bersabda; "Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."
  12. Berkata Saiyidina Ali r.a.; "Berpuasa Rejab 15 hari itu seperti berpuasa 100 000 tahun."
  13. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 16 hari pada bulan rejab, akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga."
  14. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 19 hari pada bulan Rejab, akan dibinakan baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."
  15. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripada umurnya (pembaharuan umur)."
  16. Berkata Syaidina Ali r.a.; "Puasa Rejab 14 hari itu seperti berpuasa 10 000 tahun."
  17. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 9 hari pada bulan Rejab, keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari memasuki syurga."

Selasa, 29 Mei 2012

Nasi Beriani Yemen.

Pada Bulan Mac 2012 ,Maz menjemput Puan Sharifah Khiratinisa mengajar memasak Nasi Beriani Yemen di rumah maz. Di sini Maz ingin berkongsi resepi tersebut dengan kawan2....memang sedap dan selamat mencuba....

Bergambar kenangan bersama Pn Sharifah Khiratinisia.

Nasi Beriani Yemen

Nasi Beriani Yemen Oleh Pn Sharifah Khiratunisa.
 
Bahan2 Untuk rempah Beriani

2 batang kayu manis
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu teh jintan putih
lada hitam ikut pedas masing2
7-8 kuntum bunga lawang
7-8 biji buah pelaga (ambik biji kulit buang)

Semua bahan2 tadi di sangai dan kemudian blend kering.

* untuk resepi nie rempah kari tak boleh digunakan.
* Sekiranya rempah tersebut terasa pahit jadi masa memasak tak perlu halia/ bawang putih (ikut selera masing2)


UNTUK REBUSAN AYAM

Bahan2

2 ekor ayam ( potong 4@6 seekor)
2 batang kayu manis
3-4 biji pelaga
3-4 kuntum bunga cengkih
Garam secukup rasa
sedikit rempah diatas (1 sudu)

* semua bahan2 diatas direbus bersama ayam sehingga ayam betul2 masak.
Selepas ayam betul2 masak keluarkan ayam dari air rebusan.

Beras dibasuh kemudian direndan dengan garam.
(* Sekiranya menggunakan beras basmatahi pakistan hanya perlu rendam 1/2jam sahaja)
kemudian air rebusan tersebut digunakan untuk memasak beras sehingga 3/4 masak.
Setelah beras 3/4 masak ,buangkan air rebusan tadi (tapis beras )

Bahan2 menumis...
2 biji bawang besar di potong dadu
4ulas bawang kecil di dadu
3 sudu minyak sapi
rempah beriani
6 biji buah tomato (disagat buang kulit)
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk kunyit
air mawar + pewarna+ safron
tomato puree ikut masam- 3 sudu makan
sedikit daun pasli
garam ikut rasa masing2.

CARA2
Panaskan minyak sapi, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga garing.
Masukkan rempah beriani,sedikit serbuk kunyit,serbuk lada hitam (tanpa menggunakan air)
Tumis sehingga naik bau.
Masukkan tomato & tomato puree, garam dan daun pasli
Kemudian masukkan ayam yang telah direbus tadi. Masak ayam dalam 15-20min.
sekiranya suka berkuah biarkan ayam tersebut basah2 bersama kuah tetapi sekiranya nak nasi kering biarkan ayam kering bersama kuah tersebut (ikut masing2 citarasa)
Kemudian masukkan beras yang telah di masak 3/4 tadi.
ratakan beras tersebut dalam periuk...kemudian buh pewarna pada nasi....tutup periuk dengan aluminium foil kemudian tutup periuk

Coklat Cake



Coklat kek nie selalunya aku buat untuk makan sendiri, resepi asal aku telah ubah suai, tapi alhamdulillah semua yang makan puas hati dan yang paling penting kek nie senang dibuat.
Aku masukkan resepi nie atas permintaan seseorang. Bagi yang ingin mencuba nie resepinya...

RESEPI KEK COKLAT MUDAH

BAHAN A

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

* semua bahan di atas di ayak 3 kali.

BAHAN B

2 biji telur
2 cawan gula
1 cawan minyak masak
1 tin susu cair cornation

BAHAN C

1/2 cawan koko
1 tin susu cair
1/2 butter
susu pekat manis ikut rasa

Cara2nya

-Campurkan semua bahan B ke dalam mangkuk dan gaul hingga sebati.(Maz masukkan dalam blend dan blend semua bahan B)
- Kemudian campurkan bahan A (yang sudah di ayak 3x) dengan bahan B. Kemudian gaul sebati.
- Masukkan dalam loyang yang telah disapu dengan butter @ majerin
-Bakar dalam oven 200c sehingga masak.

*Sekiranya kek nie dikukus ,ia akan menjadi lebih moist....tetapi permukaan loyang kena tutup dengan aluminium foil untuk mengelakkan wap jatuh ke dalam adunan tepung tersebut).

Cara2 Membuat Topping

-Kesemua bahan C dicampur dan kacau atas api yang perlahan hingga pekat.
-Biarkan sejuk sedikit dan kemudian tuang di atas kek yang telah masak. ( kek dibiarkan sejuk terlebih dahulu)
  *** Maz juga menggunakan resepi nie untuk membuat cupcake buat bekalan anak ke sekolah.

APAM

Jom minum petang....kali nie maz cuba resepi apam yang diambil dari My resepi...Alhamdulillah menjadi....Terimakasih kepada umpunya resepi...tapi maz tak ingat le siap tuan punya resepi..........



Apam

 

RESEPI NYA:

Bahan-bahan

  • 3 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 packet mauripan@ibu roti
  • 2 cawan nasi
  • 3 cawan air             

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air
  2. gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu
  3. kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur
  4. campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan
  5. biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu...
  6. selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan jeli/agar2 dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15minit
  7. note: sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan.  

            

MAJLIS PERPISAHAN KAK IZAN & IZA KARMILA...

Bergambar beramai2 sebagaI kenangan.
Adat merantau bila dah sampai masa ke Tanahair jugak kita kembali....Walaupun kita berada di mana saja semoga persahabatan antara kita akan berkekalan.....nanti sampai Msia calling2 le ye...


Kak Izan & Iza Karmila serta YBhg Datin Rokiah

Meraikan majlis Perpisahan di Apinya Restauran
 Majlis Perpisahan kali nie diadakan di Restaurant Apinya, Ankara. Kami memilih makanan Thai. Alhamdulillah yang di raikan berpuas hati dengan makanan yang dihidangkan....

Maz ucapkan ribuah terimakasih atas tunjuk ajar yang diberikan, Hanya Allah saja yang dapat membalasnya.....Selain tu maz mohon maaf sekiranya ada kesalahan yan sedar @ tidak yang telah maz lakukan ye....

UMRAH APRIL 2012

Assalam semua....
Lama betul tak menjenguk blog nie....rindu pulak rasanya...
Apa cerita yang nak ditulis kali nie ye....Pertama kali maz ucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana telah menjemput maz sekeluarga ke rumahNya untuk mengerjakan umrah baru2 nie. Keseronokkan yang tak dapat diucapkan bila diri nie berada di sana...Insyallah jika di murahkan rezeki ingin menjejaki kaki lagi di sana....







Kali nie maz pergi mengerjakan umrah dari Ankara, Turkey...alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kami pergi 2 family...bersama keluarga Kak Khaimah. walaupun berada di sana selama 11 hari tapi terasa betapa suntuknya masa.....kepuasan masih belum mencukupi buat kami untuk berada di sana.Seakan- akan masa mencemburi kami.....Apa yang pasti bila berada di sana kita seperti terlupa sebentar tentang hal2 dunia.....apa yang berada di fikiran hanya ingin berada di RumahNya saja.....