Jumaat, 29 Julai 2011

SALAM RAMADAN BUAT TEMAN2

Buat teman2 Selamat Menyambut Bulan Ramdan Al Mubarak...Apa persediaan yang telah kita lakukan bagi menyambut bulan yang mulia nie....mesti masing2 berharap kita dapat melakukan ibadat yang jauh lebih baik dari tahun2 yang sudahkan....

Bagi Azie yang selalu menyambutnya di Negara Orang,sentiasa berharap dapat pulang ke Msia bagi menyambut ramadan bersama2 keluarga di samping dapat melakukkan solat terawih berjemaah. Alhamdulillah tahun nie Azie dapat pulang meraikan ramadan serta Aidil Fitri di Msia....Betapa rindunya kemeriahan di negara sendiri....

Buat teman2 hayati le lagu di bawah nie.....SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL  MUBARAK.... SEMOGA RAMADAN TAHUN NIE LEBIH BERERTI DARI YANG SEBELUMNYA DAN DIBERKATI OLEH ALLAH S.W.T


Khamis, 28 Julai 2011

UMRAH( bersama family 2008 )

<>
Bergambar sebelum bertolak dari rumah En Shaari.


Semasa family datang bercuti di Beirut, kami mengambil kesempatan membawa family untuk mengerjakan umrah. Kami pergi megerjakan umrah menaiki kapal terbang melalui Syria. Ini adalah kerana sambil membawa family berjalan ke Syria ia dapat menjimatkan masa . Ribuan terima kasih diucapkan kepada En Shaari ngan isteri beliau Zawati kerana sudi menerima kami sebagai tetamu semasa berada di Syria. Jasa kalian hanya tuhan yang dapat membalasnya.

Antara gambar2 yang sempat dirakam semasa berada di Tanah Suci Mekah.......Semoga kami dapat menjejaki kaki lagi di Tanah Suci nie.....insyallah....














SYRIA (Bersama Family 2008)

Terlanjur family dah sampai ke Beirut , kami ambil keputusan untuk membawa keluarga berjalan ke Syria sebelum membawa mereka mengerjakan umrah . Antara tempat2 yang sempat kami bawa family berjalan di Syria adalah seperti didalam photo2 di bawa ini . Hanya tempat2 ini je sempat mereka berjalan di Syria kerana yang lain berada luar dari Bandar Damascus.

Salah satu tempat yang selalu dikunjungi oleh orang ialah Souk Hamidi , dimana di situ terdapat Masjid Umayyad. Di Masjid nie terletaknya Makam Nabi Yahya.


Masjid Umayyad


Makam Nabi Yahya di dalam Masjid Umayyad

Ukiran2 zaman dahulu yang terdapat di Masjid Umayyad

Betapa halusnya seni .....

Suasana Masjid pada waktu malam

Bergambar kenangan di pintu masuk Masjid Umayyad

Aku pun tak melepaskan peluang...

Waktu malam di Luar kawasan Masjid

Mak tak melepaskan peluang merasa ice cream yang paling terkenal di Syria.

Dinner malam tu,nasi mandi yang memang terkenal di Syria




MAKAM NABI QABIL
Bergambar di sisi makam Nabi Qabil

Makam Nabi Qabil

Bergambar kenangan di pintu masuk masjid

Pemandangan di Luar Masjid Makam Nabi Qabil

Pemandangan sekeliling kawasan makam Nabi Qabil

Lagi View...dikelilingi oleh bukit bukau
Bergambar kenangan ...pokok zaitun yang dibelakang tu berusia lebih dari 500 tahun


Rabu, 27 Julai 2011

Family bercuti di Beirut, Lebanon

Mak dan mak mertua Azie bergambar kenangan di Bay rock

Pada tahun 2008 , semasa suami bertugas di Beirut,Lebanon keluarga kami tidak melepaskan peluang datang bercuti di sana. Pada kebetulan mereka datang pada musim bunga,jadi bunga2 di tepi jalan pun menjadi sasaran untuk mereka merakam memori di bumi Lebanon nie...

Di sini Azie sertakan antara photo2 yang sempat family Azie rakamkan semasa mereka bercuti di bumi Lebanon

Bay Rock ,salah satu tempat pelancungan.
(tapi tempat nie depan apartment Azie je)

Bergambar kenangan bersama Kak Mazni

Tidak melepaskan peluang merakam gambar family....
Sebenarnya mak nak tangkap gambar bunga tepi jalan tu.

Mak dan Mertua Azie

Bawa orang tua masuk Luna Park...





JEITA GROTTO

Kedua mertua Azie

Hubby bergambar kenangan ngan family

Dan nie pulak family Azie...

Keluarga Azie



BYBLOS

Azie ngan Hubby bergambar di Byblos

Cantik pemandangan...antara tempat yang cantik di Beirut

Tak melepaskan peluang bergambar sekeluarga

Hubby bersama keluarga

View Byblos dari Castle

Mak Azie nak gambar kenangan ngan tiang di belakang tu....
nak pi jalan dekat tiang bagunan tu jauh...tambahan mak Azie sakit kaki

Gambar tiang bangunan mesti nampak



MAKAM HARIRI
 (PERDANA MENTERI  LEBANON )
Di Downtown.

Bergambar kenangan di makam Hariri...
Bunga2 segar tu ditukar setiap hari....

Dan nie pulak adalah pengawal2 peribadi nya yang turut terkorban

Inilah gambar Hariri serta pengawal2 peribadinya yang terkorban

Masjid Hariri pada masa nie dalam proses lagi....tetapi sekarang telah siap dan telah digunakan

Bergambar kenangan di Downtown

Tidak melepaskan peluang bergambar latar belakang sunset.
Dari apartment Azie,