Khamis, 20 Oktober 2011

Kuih Keria

Kuih keria untuk bekfast hari ni.
 Sejak aku menjejak kaki di bumi Ankara kira2 setahun,baru kali nie aku jumpa ubi keledek. Pe lagi borong sakan le walaupun harga agak mahal berbanding ngan Malaysia...Dan salah satunya aku membuat kuih keria nie sebagai bekfast pagi nie....ummmm alhamdulillah menjadi jugak walaupun kira2 setahun jugak aku tak membuatnya...

Ini cara2 membuatnya, w/pun aku bukan pro tapi insyallah menjadi kot...

Bahan2 :
*500gm ubi keledek rebus sehingga empuk)
*secawan tepung (agak2 bila dicampur ngan ubi...kalau dah keras kurangkan,agak2 melekat ditangan)
*sedikit garam.
*ketiga2 bahan tersebut digaul,kemudian bentukkan gegelang
goreng dalam api yang sederhana panas

Setelah siap.
panaskan secawan gula ngan 1/2 cawan air
tunggu sehingga gula hancur dan masukkan kuih gegelang tadi
kacau sehingga gula tersebut menjadi putih ,siap untuk di makan.

Rabu, 19 Oktober 2011

Musim Luruh Di Ankara.Turkey

Lama betul tak menjenguk blog,bukan apa cuma sibuk sikit lepas berpindah ke rumah baru nie...Banyak betul benda yang nak dibuatnya.Ini pun ada keja yang nak dibuat tapi alang2 dah menjenguk blog baik Azie masukkan pe yang patut.

Sekarang dah masuk musim luruh kat sini,banyak pokok2 mula bertukar warna....alangkah indahnya kebesaran Allah.Terasa diri nie beruntung kerana diberi peluang melihat keindahan ciptaanNya dengan mata sendiri...Ini antara gambar2 pokok yang bertukar warna yang sempat Azie rakamkan buat tatapan teman2.....