Rabu, 5 Disember 2012

SELAMAT PENGANTIN BARU

Adat bila merantau kita pasti akan terlepas sesuatu perkara yang penting dalam keluarga kita. Tahun nie dan seperti tahun-tahun lepas aku tetap tak dapat meraikan hari behagia adik beradik di Malaysia. Anyway aku mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU pada diorang...
 
 
 
Yang pertama aku ucapkan kepada anak sedara sebelah suami... Man & Soffe.

 
 
yang ke 2 kepada Rahim dan pasangannya.
 
Diharap kedua2 pasangan dapat melayari bahtera rumahtangga , susah senang biar bersama dan harap dapat bersabar dalam semua dugaan yang bakal di tempuh.....

Selasa, 10 Julai 2012

Pamukkale, Turkey



Hujung minggu lepas Azie sekeluarga serta teman2 mengambil peluang melawat Pamukkale. Kami pergi menaiki bas yang mengambil masa lebih kurang 6 jam dari Bandar Ankara.

Pamukkale bermaksud " Cotton Castle" dalam bahasa turkish. Tempat ini terletak di Southwestern Turkey.Kota ini berisi air panas dan travertine, mineral karbonat yang ditinggalkan oleh air yang mengalir.

Syukur ke hadrat Illahi kerana memberi peluang kepada Azie melihat sendiri kebesaran serta keindahan alam yang berada di atas muka bumi Allah ini.W/pun agak jauh terpaksa menapak, tapi Azie berpuas hati. Kami jugak mengambil peluang mandi di situ. Antara gambar2 yang dapat Azie kongsikan buat teman2 di sini.....


Bergambar kenang2an
View Natural Park...

Menapak untuk sampai ke atas bukit..


Berhenti dipertengahan untuk mandi sebentar...





   PEMANDANGAN DARI ATAS BUKIT.....


Cantik betul pemandangan dari sini....


Ada taman2 hijau di kemuncak bukit






Kesan2 sejarah peninggalan zaman Yunani-Romavi Kuno

Sabtu, 23 Jun 2012

Apam Balik




Bila duduk jauh dari Malaysia terasa nak makan macam2 makanan Malaysia,tapi yang Azie terasa sangat summer tahun nie terasa nak makan kuih manis2 je....Lama gak dok memerhati resepi apam balik nie, cam2  ada,....ada yang guna yis, soda ....banyak pilihan le mana nak cuba....At last Azie terasa nak mencuba resepi nie....alhamdulillah first time buat terus menjadi....


Apam Balik...


RESEPI APAM BALIK
Bahan-bahan:

2 cawan tepung naik sendiri } diayak
1/4 cawan gula
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil baking powder
sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1 1/2 - 2 cawan susu segar (kalau nak guna air biasa pun boleh)-letak 1 1/2 cwn susu
Sedikit garam.
Inti:
1 cawan kacang tanah yg telah digoreng tanpa minyak } dimesin - untuk ditabur
1 tin jagung krim - untuk ditabur
1 cawan gula - untuk ditabur
Sedikit mentega


Cara penyediaan:

1. Pukul gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda bikarbonat, baking powder,susu segar,sedikit garam dan pewarna kuning. Pukul lagi hingga sebati - guna blender
2. Masukkan tepung dan kacau supaya ianya tidak bergentel.- keluarkan dari blender, tuang dlm mangkuk, perap, whisk kejap dg tangan sebelum dimasak
3. Panaskan pan 'non stik' tanpa menggunakan sebarang minyak, ambil satu senduk atau dua (bergantung kpd ketebalan yg disukai) dan tuangkan ke dalam pan kemudian nipiskan. Tutup pan sebentar.
4. Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi dan secubit mentega.Bila masak bolehlah diangkat dan dilipat dua.Sapukan sedikit mentega di bahagian kulit luar.
** Untuk mendapatkan apam balik yg cantik,perapkan bancuhan tepung tadi selama 2-3 jam dan barulah dimasak.

nota :-
kuali non stick tak payah sapu minyak.kalau nak sapu hanya sapu sikit dg tisu.dan masak dgn api yang perlahan

Khamis, 21 Jun 2012

Bulan Sya'ban....

Jom kita buat persediaan bulan Ramadan,hari ni dah masuk Bulan Syaaban, Bulan untuk kita memperbaiki diri . Bulan Rejab dah meninggalkan kita semalam, bermulalah Bulan Syaaban ......tidak lama lagi maka datanglah Bulan Ramadhan yang di tunggu oleh kita semua....
SEMOGA KETIGA2 BULAN NIE KITA MENDAPAT KEBERKATAN DARI NYA...AMIN...


Selasa, 19 Jun 2012

Doa Pelembut Hati & Pendinding Diri




Baca doa ini 3 x dan dihembuskan semasa anak/suami/isteri anda sedang tidur pada hidungnya semasa ia sedang menarik nafas masuk. Lakukan semasa anak /suami/isteri sedang tidur nyenyak. InsyaAllah.



Photo: Baca doa ini 3 x dan dihembuskan semasa anak/suami/isteri anda sedang tidur pada hidungnya semasa ia sedang menarik nafas masuk. Lakukan semasa anak /suami/isteri sedang tidur nyenyak. InsyaAllah.

Kuih Bakar Pandan

Cuaca2 panas cam nie,tetiba terasa nak makan kuih manis2 pulak, Cik Hubby pulak asyik request kuih bakar pandan . Katanya hari tu buat untuk majlis di Ofis dia tak sempat nak makan so sementara ada mood hari nie,sambil memasak makan tengahari Azie pun bakar le kuih nie.....

Secara kebetulan kuih masak, cik hubby pun sampai rumah untuk lunch, terus diambil kuih yang panas2 tu makan.....ummmppp hilang kempunan nak makan kuih nie tempohari,katanya....kesian la pulak..... Anyway nie le rupanya kuih Azie tadi,masih dalam loyang ...masa tangkap gambar nie pun kuih masih panas2 lagi so memang le sedap bila makan panas2 kan???



Kuih Bakar Pandan

RESEPI KUIH BAKAR PANDAN

Bahan2nya :-

4 biji telur
3 cawan santan
1 cawan air pandan
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1/2 cawan susu pekat manis
sedikit garam

Cara2 :-
Masukkan semua bahan2 di atas ke dalam blend,blend sampai sebati.
Sapukan loyang ngan majerin @ butter
Tuangkan adunan dan tabur bijan...
Bakar dalam oven 200c api atas bawah sehingga masak (lebih kurang 45min-1 jam )


* Ribuan terima kasih Azie ucapan kepada Tie Yunus kerana mengajar Azie kuih nie semasa Azie di Bangkok. Bagi yang nak mencuba ...SELAMAT MENCUBA....Insyallah menjadi...


Jumaat, 8 Jun 2012

Apam Gula Hangus








Hari nie Azie buat apam gula hangus untuk majlis perpisahan member. Resepi asal azie dapat dari Kak Zah (kakak iparku). Alhamdulillah setiap kali Azie buat kuih nie menjadi....so Azie rasa elok Azie kongsi resepi ngan member2 yang ingin mencubanya.....

RESEPI APAM GULA HANGUS

Bahan2nya

* 1 cawan gula
* 1 cawan air
* Bahan2 di atas dijadikan gula hangus- mula2 panaskan gula ngan api yang perlahan sehingga keperangan kemudian masukkan air, masak sehingga gula larut dan biarkan sehingga sejuk.

1 cawan gula
4 biji telur
2 1/2 cawan tepung
1 sudu kecil baking power
1 sudu kecil soda
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan santan ( disebabkan susah nak dapat santan Azie guna fresh milk je)

Cara2
- Ayak tepung bersama baking powder dan soda.
- Pukul telur dan gula sehingga kembang atau ringan
- Kemudian masukkan esen vanila dan gula hangus
- Setelah itu masukkan tepung yang telah di ayak tadi berselang seli ngan santan @susu . Kacau sebati.
- Tuangkan aduanan ke dalam acuan yang telah di sapu ngan minyak
- Kukus selama 15-20 min
- Sedap dimakan saja atau bersama kelapa parut yang telah ditabur sedikit garam.

SELAMAT MENCUBA

Sabtu, 2 Jun 2012

International Day GCM 2012 ( June 1 st 2012)

Yana menunggu giliran untuk memperkenalkan pakaian Malaysia
Semalam pegi sekolah anak GCM Ankara, Turki. Sekolah tersebut mengadakan pakaian kebangsaan setiap negara. Anak2 Malaysia yang bersekolah di sekolah tersebut turut serta mengambil bahagian dalam pakaian Kebangsaan Malaysia ,antara gambar2 yang sempat Azie rakamkan....


Nyanyian dari Grade 1- 4....termasuk yana

Persembahan dari student USA

Tarian India
 Antara negara2 yang mengambil bahagian dalam mempamerkan pakaian kebangsaan negara masing2......kalau nak masukkan semua terlalu banyak so Azie pilih2  je......






Student2 Malaysia yang bersekolah di sekolah GCM


Yana & Naqibah

Tak ketinggalan nak mencuba lukisan inai di tangan....

Cantik tak inai di tangan saya?
 Walau berada di mana Malaysia tetap di hati.... I LOVE MALAYSIA...

Khamis, 31 Mei 2012

Pelangi D Bumi Ankara 2012


Pertama kali melihat Pelangi di Ankara....Antara gambar2 yang sempat aku rakamkan...


Cantikkan keindahan Alam yang Allah tunjukkan.


Double pelangi rupanya....


Sambil2 tu jom layan Lagu Sudirman pulak....Pelangi Petang...
Selamat Mendengar...




Rabu, 30 Mei 2012

PIDE ( Masakan Turki )




Merupakan salah satu makanan Turki, rasanya seperti pizza. Azie ucapkan ribuan terima kasih kepada Pn Iza Karmila kerana sudi mengadakan morning coffee di samping mengadakan sessi belajar membuat pide. Buat teman2 yang ingin mencuba....ini resepinya serta langkah2 bergambar...

SELAMAT MENCUBA....

RESEPI PIDE

Bahan- bahannya

*3 cawan tepung gandum
*1 pkt yis
*air suam kuku secukupnya
*sedikit garam
* bahan2 untuk membuat doh.


Cara2 Menbuat Doh


Satukan semua bahan yang bertanda* kedalam mangkuk

Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sampai lembut

Sehingga menjadi doh seperti ini, kemudian biarkan
selama 1/2 jam @sehingga doh tu naik sekali ganda

 Bahan2 untuk intinya

2 biji cili hijau &1 biji bawang besar - di blend hancur
2 biji tomato
sedikit daun pasli
1/2 kilo daging hancur

* Semua bahan di atas  di campur dengan 3 sudu olive oil


Bahan2 yang digunakan
Semua bahan2 untuk intinya di campur 3 sudu olive oil



Langkah2 seterusnya setelah doh ready...

Setelah Doh ready, bahagi kepada beberapa bahagian
Doh di uli serta ditabur sedikit tepung supaya tidak melekat

Siap di bentuk perahu dan diisi bahan daging tadi

Sapukan sedikit kuning telur diatas doh tadi dan
bakar api atas bawah 250c selama 20min @sehingga
masak

Pide

Ok tu je untuk hari ini,nanti ada masa Azie masukkan resepi2 yang telah Azie cuba dan menjadi....kalau tak jadi kesian pulak kat member2 yang mencubakan......Bye sehingga ketemu lagi....