Jumaat, 20 Disember 2013

Vanila Cupcake

 
Dah lama Azie tak buat cupcake, tapi kali nie terpaksa buat jugak sebab ada orang minta Azie buatkan cupcake. Bukan order untuk makan tapi untuk kami sama2 belajar nak decokan cupcake tersebut. Disebabkan dah lama tak membaking so kalau nak buat terus kurang confident le pulak sebab gula kat tempat Azie nie kadang2 manis & kadang2 kurang manis.
 
Kena gaya haari ni mood tengah rajin sikit, pe lagi keluarkan bahan2 yang memang sentiasa ada di rumah & cuba membaking cupcake. Alhamdulillah resepi nie senang & menjadi.Dan nie le hasilnya.
 
 
Vanila Cupcake



Vanila Cupcake
Bahan2:
1/2 cawan butter
1 cawan gula
2 biji telur...
2 sudu kecil Vanila
1/2 cawan susu
1 1/2 cawan tepung kek
2 sudu baking powder

Cara2
Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
Pukul butter sehingga lembut, kemudian masukkan gula.
Setelah nampak adunan berwarna putih masukkan telur satu persatu.
Masukkan vanila.
Akhir sekali masikkan campuran tepung berselang seli dengan susu.
Bakar dalam oven.
* Adunan nie dapat 14 biji kek...

Selasa, 17 Disember 2013

Daging Masak Kicap ( Resepi ibu Mertuaku)

Setiap keluarga mesti ada satu masakan istimewakan. Arwah ibu mertuaku suka masak daging masak kicap nie untuk anak lelakinya iaitu suami Azie. Setiap kali kami balik mesti masakan nie menjadi satu masakan wajib baginya...dan ia jugak masakan terakhir buat anak lelakinya sebelum ia kembali ke rahmatullah 3 bulan yang lalu. Masih terasa lagi kenikmatan masakan air tangan ibu. Betul kata pepatah hargai ibu/mak selagi mereka masih ada...Al fatihah Buat arwah...semoga beliau ditempatkan digolongan orang2 yang beriman..ammeen..

Hari nie tetiba terasa nak makan daging masak kicap versi ibu mertuaku. So maka jadilah menu untuk tengahari ini sementara tunggu cik hubby balik dari Istanbul... Nie Azie nak berkongsi resepi ngan member2....

Daging masak kicap .
(ini masih di atas dapur lagi ye..sebenarnya warna dia hitam sikit
tapi entah kenapa gambar nie jadi warna merah )

Resepi Daging Masak Kicap

300gm daging ( dihiris nipis & direbus sehingga kering air )
*25 biji cili kering ( boleh ditambah @ dikurangkan mengikut kesukaan)
*1 inci halia
*sebiji bawang besar ( Azie guna bawang besar sebab bawang kecil takde kat sini)
*4 ulas bawang putih
*1/2 sudu teh jintan manis
*1/2 sudu teh jintan putih
Bahan2 yang bertanda * nie semua diblend ye

Bahan2 untuk menumis
Kayu manis,
2 kuntum bunga lawang,
7 biji bunga cengkih
 1 sudu kecil lada hitam

Cara2
Panaskan minyak, tumiskan bahan2 menumis tersebut sehingga nak bau.
Masukkan bahan2 yang telah diblend dan masak atas api yang perlahan sehingga naik minyak.
Masukkan daging yang telah direbus bersama air rebusan ( sekiranya ada air rebusan yang sedikit tu)
Biar sebentar kemudian masukkan kicap manis & kicap masin, garam sehingga secukup rasa yang dikehendaki.
Tunggu daging tersebut masak bersama cili sebentar & kemudian dah ready untuk dimakan bersama nasi panas.
Daging nie rasanya akan lebih sedap sekiranya makan keesokkan hari ,kata cik hubby Azie sebab daging tu dah sebati ngan perencah2nya...

*Sekiranya Azie travel & memerlukan lauk dalam perjalanan tersebut, nie le salah satu lauk kegemaran yang dibawa sebab kalau kena gaya masaknya boleh tahan sampai 3 hari.

Jumaat, 13 Disember 2013

Kenangan Haji 2013



View ini menjadi pilihan kami
 setiap hari semasa mengerjakan ibadah di sana..


Alhamdulillah tahun nie walaupun bermacam2 dugaan kami hadapi, tapi yang paling gembira sekali adalah dapat mengerjakan Haji.Indahnya tak dapat diucapkan hanya orang2 yang melalui dapat memahami erti sebenarnya..syukur sesangat kerana telah menjadi tetamuNya dalam mengerjakan ibadah haji.

Hari ke2 berada di sana ,kami sekali lagi diberi peluang melihat kebesaran Allah. Semasa perjalanan balik dari solat subuh...terpegun melihat kalimah Allah ..subhanallah
 Mula2 melihat kalimah Allah tak terpikir nak ambil gambar...tapi bila kalimah tersebut mula menghilang baru nak tangkap gambar so inilah hasilnya
 
 
Kalimah Allah


Ya Allah rindunya nak kembali ke rumahMu...Semoga aku dan keluarga serta rakan2ku diberi peluang lagi untuk berkunjung ke rumahMu nie..ammeen.


Khamis, 12 Disember 2013

Cendawan Goreng

Dah lama Azie nak cuba memasak cendawan goreng nie tapi setiap kali Azie nak mencuba mesti cik hubby Azie ada alasannya tersendiri misalnya nanti badan awak berangin satu badan katanya. Kadang2 cik hubby cakap kalau awak masak awak nak makan seorang ke? So kata2 camtu mematahkan semangat nak masak...

Hari minggu lepas masa pergi pasar ternampak lak cendawan nie..hati terasa nak makan so pujuk le cik hubby beli cakap Azie nak masak masa dia keja kat Istanbul...so maka jadi menu Azie hari nie...kali nie Azie masak tanpa ada komen cik hubby...selalunya dia le yang mengkritik masakan Azie..alhamdulillah anak aziepun suka..so lepas nie boleh le masak lagi sebab dah ada kawan nak makan...hehehe



Cendawan Goreng

Resepi Cendawan Goreng Versi Azie

Tepung gandum
Sesudu tepung beras ( untuk rangup)
Sebiji telur
Air
Sedikit garam/ lada hitam & serbuk ikan bilis ( untuk perasa)
* Satukan semua bahan di atas seperti nak menggoreng pisang

Cendawan di basuh dan di dapkan ngan kertas tisu supaya kering.

Cara2.
Panaskan minyak lepas tu buat step seperti mengoreng pisang iaitu cendawan tu di celup dalam tepung yang telah disatukan tadi.
Goreng sampai garing
Sedap di makan dengan sos cili & ketika masa panas


Sabtu, 7 Disember 2013

Cotton Candy

Salam semua...saja je nak berkongsi cerita..hujung minggu lepas Azie & family pegi bersantai di rumah member so tenguk le alat permainan barunya,mesin membuat cotton candy...pe lagi teruja le nak mencuba sebab sekiranya best boleh Azie pujuk cik hubby membelinya...Last2 cik hubby yang teruja lebih...Jom tenguk gambar cik hubby Azie mencuba mesin tersebut...



Happinya cik hubby Azie..

Menunjuk bakat yang terpendam..


ta da...ini le hasilnya...

Rasa2 kalau balik Msia Azie buka bz buat cotton candy laku tak....Akhirnya dapat kebenaran cik hubby nak beli mesin permainan nie...

Rabu, 4 Disember 2013

Daging Goreng Mamak

Daging Goreng mamak.
 
Lama betul tak update blog nie, banyak perkara2 berlaku tpi takpe le  nanti ada masa Azie updatekan ye...ini saja nak kongsi resepi daging goreng mamak yang menjadi kesukaan cik hubby, nak pulak makan ngan nasi panas2,...terangkat...hahaha

Sebenarnya resepi nie Azie dapat semasa mak Azie bertandang ke rumah abang Azie di Terangganu. Masa tu abang Azie ada buat kenduri arwah so nie le salah satu lauk yang dihidang...bila dimasak semula di rumah mak Azie ia menjadi kesukaan kami semua...so bagi sapa nak mencuba jom resepi ni mudah & simple je....

Daging Goreng Mamak
Bahan2
300gm daging di hiris nipis
20 biji cili kering bleng ( cili ikut individu nak pedas tambah cili lgi)...
1 biji bawang besar - dihiris bulat
3 ulas bawang putih - dihiris
2 inci halia - dihirs
Daun kari (banyak lagi sedap)
2 helai daun limau purut /x bubuh pun takpe
sedikit kicap

Cara2.
Rebus daging dengan cili blend tadi sehingga daging empuk ( air sedikit je )
selepas tu tumis bawang2 yang telah dihiris sehingga layu serta daun2 kari+ daun limau purut.
Masukkan daging yang telah direbus tadi, goreng sehingga sebati & masukkan kicap. Rasa secukupnya.
Dah masak boleh dihidang ngan nasi panas...nyum2


* Selamat Mencuba



Jumaat, 29 November 2013

Happi Anniversary

Surprise from cik hubby...thanks Yang betul2 terkejuzzz tadi siap bertekak ngan pak guard cakap takde order pe2 last2 pak guard baca kad tu....hahaha so sweet kali nie...HAPPI ANNIVERSARY


 
 
 

Jumaat, 14 Jun 2013

Homemade tauhu.....

Belajar buat tauhu dah lama, cuma mood nak membuatnya je asyik tertunda2...semalam Azie nekad rendam je kacang soya so hari nie rajin tak rajin kena buat jugak le....Yang menjadi azie nekad nak membuatnya jugak sebab dah kebuntuan menu nak masak, nak pulak sekarang nie susah nak dapat ikan.....asyik2 makan ayam & daging dah naik jemu Azie anak beranak makan...so cuba2 nasib le, Alhamdulillah tauhu Azie menjadi jugak....Ini le Hasilnya...


Hasil tauhu yang Azie dah goreng


Tauhu dalam proses ( bentuk Tauhu Azie bulat sebab azie guna barang yang ada di dapur aje)

Khamis, 13 Jun 2013

Congrats Dayana

Semalam merupakan hari terakhir sekolah Dayana bagi Grade 5, so bermula le  cuti sekolah sampai akhir bulan 8 nanti. Petang tu semasa aku sedang menonton drama bersiri Teduhan Kasih, Dayana menyerahkan sijil yang dia dapat di sekolah tadi....Alhamdulillah Tahniah yana atas usaha yana selama nie...sebagai orang tua, mama & abah berbangga dengan kejayaan yana. Selain daripada itu aku jugak mengucapkan ribuan terima kasih ke atas semua yang mendoakan kejayaan yana...Semoga satu hari nanti yana menjadi anak yang solehah di samping berjaya dalam apa jua bidang yang di ceburi...




Sijil yang yana dapat


Surat dari White House yang diberi bersama ngan sijil

Pin penghargaan jugak di beri bersama sijil tersebut....

Sabtu, 1 Jun 2013

Bunga Rose dah mula berkembang ...2013

Antara Bunga2 rose yang terdapat di sekeliling apartmentku & ofis Cik hubby....Cantikkan...












 

Isnin, 27 Mei 2013

Nutella Brownies

Dah Lama tak update blog, Petang nie  Azie ada masa  sikit & mood kira rajin le jugak, pagi tadi tengah belek2 fb terjumpa resepi nie...tenguk cam senang sangat dan secara kebetulan tengah cari menu untuk bekalan anak ke sekolah esok so Azie pun cuba ...Alhamdulillah menjadi dan teruja nak kongsi bersama teman2....



Nutella Brownies

Nutella Brownies

Bahan2 nya
1 cawan (280gm) nutella
2 biji telur
10 tbsp (62gm) tepung

Cara2
Mix kan semua bahan2 ke dalam satu mangkuk & gaul sehingga sebati.
Dah sebati masukkan ke dalam bekas cup cake @ muffin
Bahagian atas boleh letak pe yang anda suka, Azie letak kacang & chocolate chips
Bakar ngan suhu 180 c selama 20- 30 min...ready untuk menjamu selera.

SENANGKAN...& SELAMAT MENCUBA

Selasa, 7 Mei 2013

Homemade taugeh..




Azie dah cuba buat taugeh sendiri mengunakan teknik yang Puan Aanie kongsikan. Alhamdulillah menjadi tapi biasa le kalau dah pandai sendiri menukar teknik so taugeh Azie tak berapa panjang mybe tak cukup ruang untuk membesar kot. Tapi hasilnya memuaskan...

Rabu, 1 Mei 2013

Taugeh Homemade

Dah lama mencari cara mudah nak buat taugeh yang panjang2 cam di Msia, selalu cuba jadi pendek2 je..Semalam Azie belek2 fb Perwakilan so terjumpa cara mudah nak buat taugeh nie...so jom kita tenguk camna cara Puan Aanie Abd Majid membuat taugeh yang menjadi...Nanti ada masa Azie pun nak cuba jugak...

 
 
 
Mula-mula rendam kacang hijau atau kacang hitam semalaman. Pastu, ambil botol mineral, potong di atasnya untuk memudahkan kita nak keluarkan ia dan siram ia. Tebuk lubang di bawahnya banyak2. Masukkan kain ke dalam botol ni, taburlah kacang tadi. renjis dan basahkan. Balut dengan kain, botol ni, basahkan dulu. lepas tu balut dgn plastik hitam, K.Ni guna plastik sampah, kalau ada kain hitam pun boleh juga. Simpan di dalam kebinet or tempat yang takde cahaya langsung, biar gelap. Setiap pagi renjis air dan simpan lagi, sampailah taugeh tu menjadi, kalau suka panjang biar lama sikit, ikut suka. Bila dah ok taugeh tu, tarik kain di dalamnya, dan boleh lah buang ekor taugeh, dah boleh masak, buat cucur udang ke, masuk dlm bihun ke, mee ke, pandai sendiri lah. ok ini je tips untuk kali ini...Selamat mencuba.
 





 
 
Azie ucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Aanie Abd Majid di Sarajevo kerana sudi berkongsi ilmu dengan kita. Hanya Allah aje yang dapat membalasnya.Info nie cukup bermakna buat orang2 seperti Azie yang merantau dan sekali sekala teringin merasa makanan di Msia...
Buat teman2 semua SELAMAT MENCUBA .... 

Sabtu, 20 April 2013

Terfikirkah kita....




Kreatifkan, tak terlintas oleh Azie nak buat pasu2 bunga dari sterika & kasut cam nie...entah2 kalau Azie yang tanam mybe pokok2 tu tak hidup...hehehe. Saja je Azie nak berkongsi gambar tentang pasu2 bunga yang kreatif  semasa Azie jalan2 di Ankara & Istanbul...

Jumaat, 19 April 2013

SUSU PEKAT @ Condensed Milk

 






Masa Azie dok follow up fb PERWAKILAN Ankara, tetiba Azis terjumpa resepi camna nak buat susu pekat manis nie...so terpanggil nak share ngan member2, mana tahu ada member2 yang macam Azie jugak, dok di luar Msia tapi bila nak guna susu pekat manjadi 1 masaalah sebab susu pekat tak di jual di tempat anda....Jadi boleh le kita sama2 cuba....Azie nak komen pun tak boleh  sebab Azie belum cuba lagi resepi nie...so SELAMAT MENCUBA YE... dan tak lupa jugak ucapan terima kasih kepada Puan Saah Abdullah atas resepi yang di kongsi....


Home Made Condensed Milk (By Pn Saah Abdullah)

Bahan2 :-
1 Kotak susu ( 1 liter)
3 cawan gula
1 tbsp butter
1 tsp vanilla

Cara2:-
Masukkan semua bahan ke dalam heavy pot, masak dulu atas api medium, kacau selalu hingga dissolved.
Bila mendidih slowkan api dan masak dalam 2 jam hingga pekat, kacau selalu.
selepas itu masukkan vanilla & butter. Kacau dan
matikan api, tuang ke dalam botol.

Selasa, 16 April 2013

KALIMAH ALLAH

 
 
Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk melihat kebesarannya dengan mata kepala sendiri. Dalam perjalan balik dari Bursa, Turki, sambil memerhatikan keindahan alam, Azie melihat ke langit sambil berkata kalau le dapat melihat kalimah Allah di atas permukaan langit , alangkah indahnya kerana sebelum nie asyik dok perati member2 dok share di wall fb je...Subhanallah dalam 20-30min selepas tu nampak awan2 bergerak dan berubah bentuk , bila diperhatikan betul2 ia membentuk Kalimah Allah seperti yang Azie lampirankan dalam gambar nie...Gambar tersebut dirakam oleh cik hubby sebab kamera berada dengan nya. Perasan Azie& cik hubby ketika tu Tuhan je tahu sebab rupa2nya cik hubby pun terdetik macam Azie jugak nak lihat Kalimah Allah. Syukur sesangat dapat melihat sendiri...Subhanallah, Alhamdulillah , Allahuakhbar....hanya tu yang dapat kami ucapkan...



FESTIVAL BUNGA TULIP D ISTANBUL 2013

 
 
Bulan april ,Istanbul terkenal dengan festival bunga tulip. Awal bulan nie Azie ambik peluang mengikuti trip yang diadakan oleh ofis Cik Hubby ke Istanbul untuk melihat keindahan Bunga tulip. Mula2 sampai memang terpegun dengan keindahan bunga tulip. Di tepi2 jalan di tengah bandar Istanbul semuanya penuh dengan tulip berbagai2 warna. Teruja, terpegun dan macam2 lagi le....ok kat sini Azie ingin berkongsi antara gambar2 bunga tulip yang Azie tangkap semasa berada di Istanbul...