Sabtu, 20 April 2013

Terfikirkah kita....




Kreatifkan, tak terlintas oleh Azie nak buat pasu2 bunga dari sterika & kasut cam nie...entah2 kalau Azie yang tanam mybe pokok2 tu tak hidup...hehehe. Saja je Azie nak berkongsi gambar tentang pasu2 bunga yang kreatif  semasa Azie jalan2 di Ankara & Istanbul...

Jumaat, 19 April 2013

SUSU PEKAT @ Condensed Milk

 






Masa Azie dok follow up fb PERWAKILAN Ankara, tetiba Azis terjumpa resepi camna nak buat susu pekat manis nie...so terpanggil nak share ngan member2, mana tahu ada member2 yang macam Azie jugak, dok di luar Msia tapi bila nak guna susu pekat manjadi 1 masaalah sebab susu pekat tak di jual di tempat anda....Jadi boleh le kita sama2 cuba....Azie nak komen pun tak boleh  sebab Azie belum cuba lagi resepi nie...so SELAMAT MENCUBA YE... dan tak lupa jugak ucapan terima kasih kepada Puan Saah Abdullah atas resepi yang di kongsi....


Home Made Condensed Milk (By Pn Saah Abdullah)

Bahan2 :-
1 Kotak susu ( 1 liter)
3 cawan gula
1 tbsp butter
1 tsp vanilla

Cara2:-
Masukkan semua bahan ke dalam heavy pot, masak dulu atas api medium, kacau selalu hingga dissolved.
Bila mendidih slowkan api dan masak dalam 2 jam hingga pekat, kacau selalu.
selepas itu masukkan vanilla & butter. Kacau dan
matikan api, tuang ke dalam botol.

Selasa, 16 April 2013

KALIMAH ALLAH

 
 
Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk melihat kebesarannya dengan mata kepala sendiri. Dalam perjalan balik dari Bursa, Turki, sambil memerhatikan keindahan alam, Azie melihat ke langit sambil berkata kalau le dapat melihat kalimah Allah di atas permukaan langit , alangkah indahnya kerana sebelum nie asyik dok perati member2 dok share di wall fb je...Subhanallah dalam 20-30min selepas tu nampak awan2 bergerak dan berubah bentuk , bila diperhatikan betul2 ia membentuk Kalimah Allah seperti yang Azie lampirankan dalam gambar nie...Gambar tersebut dirakam oleh cik hubby sebab kamera berada dengan nya. Perasan Azie& cik hubby ketika tu Tuhan je tahu sebab rupa2nya cik hubby pun terdetik macam Azie jugak nak lihat Kalimah Allah. Syukur sesangat dapat melihat sendiri...Subhanallah, Alhamdulillah , Allahuakhbar....hanya tu yang dapat kami ucapkan...



FESTIVAL BUNGA TULIP D ISTANBUL 2013

 
 
Bulan april ,Istanbul terkenal dengan festival bunga tulip. Awal bulan nie Azie ambik peluang mengikuti trip yang diadakan oleh ofis Cik Hubby ke Istanbul untuk melihat keindahan Bunga tulip. Mula2 sampai memang terpegun dengan keindahan bunga tulip. Di tepi2 jalan di tengah bandar Istanbul semuanya penuh dengan tulip berbagai2 warna. Teruja, terpegun dan macam2 lagi le....ok kat sini Azie ingin berkongsi antara gambar2 bunga tulip yang Azie tangkap semasa berada di Istanbul...


Isnin, 15 April 2013

MEMBUAT TAUHU DI PERANTAUAN...


Bila merantau macam2 terasa nak makan makanan Malaysia, salah satunya tauhu...bila goreng makan panas2 pun sedap, nak buat tauhu sumbat le, sambal le & macam2 lagi. Di Turki ni tauhu takde dijual di kedai2 so kalau nak kitaorang kena order dari orang Indonesia. Besar gambar yang Azie tunjukkan tu harga lebih kurang rm50 kat msia.Nak tak nak terpaksa beli jugak bila nak makan.
Masa Majlis Morning Coffee rumah Azie bulan mac 2013 Azie telah menjemput Ibu Bintari dari Indonesia untuk mengajar kami cara2 membuat tauhu. jadi di sini Azie mengambil kesempatan nak berkongsi ngan member2 blog Azie, mana le tahu ada jugak yang macam Azie merantau dan benda nie susah nak dapatkan....
 
 
Tauhu yang di hasilkan.
 
 
 Resepi Tauhu Oleh Ibu Bintari Ijaya sulama

Bahan-bahan :-
1/2 kilo kacang soya
air lemon (dalam Botol)

 Cara2:-
Kacang soya di rendam semalaman ( 6-8 jam) - tak perlu buang kulit.
Cuci dan toskan.
Blend kacang soya tersebut dengan air ( sukatan untuk blend soya 1 cawan soya + 3 1/2 cawan air)
Tapis dengan kain maslin. Kemudian perah sehingga kering kacang soya yang di blend tadi,
Rebus air soya sehingga naik wap @ mengelegak & kacau sekali sekala.
Setelah air soya tadi naik wap, tutup api dan sejukkan selama 30 minit.
Masukkan 1/2 cawan air lemon (125ml) ke dalam air soya tadi dan kacau.
(* Air tadi akan menjadi ketul2 @ gumpal)
Tapis dengan kain maslin sambil diletakkan dalam bekas penapis ( bertujuan untuk mengeluarkan air)
Taburkan sedikit garam untuk mendapat rasa (* ikut cita rasa)- 2 sudu kecil & kacau.
Toskan selama 2 jam. siap dan boleh di makan.




Kain maslin yang digunakan
Jus lemon yang digunakan


Air soya yang disejukkan selama 30 min
begini le keadaan air soya yang telah diletakkan lemon.

Bekas yang digunakan untuk menapis air soya tadi & mendapatkan bentuk tauhu
Menapis air soya tadi.


sambil mengacau untuk mengeluarkan air & yang tinggal gumpulan2 soya je.


* Dah ada member Azie yang mencuba resepi nie, ada yang cakap tauhu yang dihasilkan lembut & sedap, dan ada yang cakap agak keras tapi Azie rasa hasil tauhu nie bergantung kepada lemon yang digunakan.Member Azie yang di Ankara nie guna lemon seperti gambar di atas hasilnya memuaskan, tapi member azie yang di tempat lain cakap agak keras so bagi yang nak mencuba tu Azie rasa pandai2 le agak2 ngan lemon yang digunakan ye...
 
SELAMAT MENCUBA

 

BINGKA TEPUNG BERAS


Lama betul Azie tak update blog nie...Baru2 nie Azie buat bingka tepung beras , untuk majlis morning coffee rumah member. Kalau kat tempat azie diaorang panggil bengkang tepung beras. So ada member2 bertanya resepi nie jadi Azie nak berkongsi jugak buat teman2 blog Azie...Resepi asal dari mak mertua Azie..alhamdulillah selepas dapat step2 dari mak mertua kuih nie selalu je menjadi, lembut cuma bila Azie bakar tak garing sebab oven Azie buat hal...Buat teman2 yang ingin mencuba...silakan , pasti ia akan memuaskan hati anda
 
 
Bingka Tepung Beras.
Bingka Tepung beras (Resepi Ibu Mertuaku)

 Bahan2:-
2 cawan tepung beras
1 cawan gula ( ikut manis masing2 ye & ia boleh jugak diganti ngan gula merah)
6 cawan santan+air
sedikit garam

 Cara2:-
Satukan tepung ,gula +garam ke dalam mangkuk
Masak santan+air dengan api yang perlahan.
Apabila santan dah mengelegak, masukkan santan ke dalam mangkuk tepung tadi. Gaul rata.
Sapu loyang ngan mejerin, masukkan adunan tadi ke dalam loyang dan bakar sehingga masak.
*Azie guna 200c api atas bawah tapi oven Azie ada problem tu yang tak garing...

SELAMAT MENCUBA...