Isnin, 13 Jun 2011

Semangat Kerjasama Yang Masih Dikekalkan Di Kampungku.



Sekali sekala mengadakan kenduri di kampung memang menyeronokkan terutama bagi yang jarang balik menjenguk kampung dan menyertai kenduri kendara yang diadakan.Semangat gotong royong masih lagi dikekalkan di kampungku .Ini antara gambar2 yang sempat aku rakam semasa kenduri membuat kerisik iaitu ia diadakan awal 2 minggu sebelum kenduri kahwin dijalankan...

Apa yang aku suka tentang gambar ini ialah semua aktiviti tersebut dijalankan secara kampung iaitu megunakan dapur kayu untuk mengoreng kelapa serta mengunakan lesung batu untuk membuat kerisik...dan perkara2 begini jarang kita jumpai sekarang dimana banyak yang mengunakan blender untuk membuat kerisik...

Mengoreng kelapa...

Mengoreng kelapa...

Inilah cara membuat kerisik di Kampungku....mengunakan lesung batu..

Bergilir2 mengoreng kelapa untuk di buat kerisik

Nie menu tengahari ini.....

kelapa yang telah siap digoreng...


Sampailah masa untuk menjamu selera....menu kampung je..

Pihak lelaki jugak tak melepaskan peluang menjamu selera

Khamis, 9 Jun 2011

Roses Di Sekeliling Apartmentku Di Turkey

Keindahan alam boleh dikategorikan dalam berbagai2 tafsiran. Salah satunya adalah keindahan bunga2 yang terdapat di sekeliling kita. Kebanyakkan wanita tidak boleh lari dari meminati bunga-bungaan, begitu jugak dengan diri ku....Pertama kali kediaman ku dikelilingi oleh bunga2 rose yang sangat cantik. Di sini dipaparkan keindahan bunga rose di sekelilingku....
Semoga ia dapat menghiburkan kaum hawa yang meminati bunga2....



















Semoga hari-hari yang mendatang seindah bunga yang mekar.


Keindahan Sunset Di Bumi Lebanon




Beirut,Lebanon merupakan salah satu negara yang mempunyai keindahan alam semulajadi.Aku bersyukur kerana dapat jejak ke bumi lebanon dan menikmati keindahannya.Salah satu kesukaan aku adalah melihat sunset dari apartment rumah.Ini adalah antara sunset yang dapat aku rakamkan semasa kami bermaustatin di negara tersebut.






.








.

Isnin, 6 Jun 2011

Keluargaku

Gambar terakhir bersama Arwah Ayah(Raya haji Tahun 2002)
Gambar di atas merupakan gambar terakhir keluarga yang sempat dirakamkan bersama2 arwah ayah yang telah pergi meninggalkan kami akibat mengidap penyakit barah otak.Masih terigat2 lagi peristiwa tu,Raya Puasa pada tahun 2001,ketika itu aku dan suami aku baru sampai ke rumah mertuaku untuk bercuti bagi menyambut Hari raya.Tiba2 aku mendapat panggilan dari keluarga aku yang mana mereka semua berkumpul di Kuala Lumpur.Panggilan tersebut berlainan kerana meminta aku datang ke Kuala lumpur segera.Ada berita yang tak boleh disampaikan melalui telepon....tapi naluri aku pada masa tu mengatakan ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan ayah,setelah di paksa mereka memberitahu bahawa arwah ayah dimasukkan ke hospital bagi menjalani pembedahan catarat tetapi lain pulak yang ditemui setelah pihak hospital membuat x-ray.arwah ayah di minta mebuat MRI...setelah keputusan didapati ayah diberitahu mengidap barah otak dan mempunyai peluang selama 3bulan sahaja.

Pada mulanya kami adik beradik tak dapat terima ,tapi sudah suratan takdir.Arwah ayah dibawa balik ke kampung.Kami adik beradik berganti2 menolong mak menjaga arwah ayah.Aku berterima kasih sangat kepada suami aku kerana sanggup membenarkan aku menjaga arwah ayah.Seperti ramalan Doktor setelah 3bulan arwah ayah pergi meninggalkan kami.Semua adik beradik berkumpul tetapi suami aku sahaja yang tiada kerana bertugas di Bangkok.Suami aku sampai ke kampung pada pukul 3 pagi keesokkannya....itu le risiko kami terpaksa terima sekiranya bertugas di Luar Negara .

Gambar kami 5beradik bersama mak
Walaupun arwah ayah telah pergi meninggalkan kami tapi segala tunjuk ajarnya masih kami turuti,kalau dulu setiap kali Hari Raya arwah ayah pasti memberi duit raya kepada kami adik beradik walaupun kami telah mempunyai anak.Tradisi tu tetap kami ikuti sampai sekarang yang bezanya cuma sekarang abang yang menggantikkan ayah memberi duit raya kepada kami adik beradik.Mak pun tetap memberi kami duit raya.... Al fatihah semoga arwah ayah ditempatkan di golongan orang2 yang beriman...amin.Dan semoga keluarga kami tetap bersatu dalam keadaan apa jua...

Diriku.

Aku berasal dari keluarga yang sederhana di sebuah kampung yang dikenali sebagai Kampung Sungai Siputeh,Selama ,Perak.Dulu aku bekerja sebagai seorang perawat tetapi sekarang aku mengambil cuti tanpa gaji mengikut suami yang bertugas di Luar Negara.Bagiku apa yang penting adalah berada disisi suami walaupun kadangkala aku merasa diri nie ketinggalan jauh kebelakang dari teman2 seperjuangan.

Bersama Suami dan anak....
Tapi seperti kata suamiku,hidup kita tak selalu akan kita lalui seperti yang kita kehendaki,cuma kita perlu lakukan yang terbaik dan tak semestinya apa yang kita sukai tu akan kita dapat.Jadi aku terpaksa memilih iaitu keluarga atau bidang pekerjaan....akhirnya aku pilih keluarga.Dan aku mula lah menjalani kehidupan sebagai seorang perantau dari satu tempat ke satu tempat.Banyak suka dan duka aku lalu bersama suami .Banyak jugak keindahan alam yang dapat aku nikmati...syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi peluang kepadaku.Selain dari itu,aku jugak dapat berkenalan dari berbagai2 golongan manusia tapi yang nyata aku merindui teman2 sekolah serta kawan2 seperjuangan.....