Khamis, 20 Oktober 2011

Kuih Keria

Kuih keria untuk bekfast hari ni.
 Sejak aku menjejak kaki di bumi Ankara kira2 setahun,baru kali nie aku jumpa ubi keledek. Pe lagi borong sakan le walaupun harga agak mahal berbanding ngan Malaysia...Dan salah satunya aku membuat kuih keria nie sebagai bekfast pagi nie....ummmm alhamdulillah menjadi jugak walaupun kira2 setahun jugak aku tak membuatnya...

Ini cara2 membuatnya, w/pun aku bukan pro tapi insyallah menjadi kot...

Bahan2 :
*500gm ubi keledek rebus sehingga empuk)
*secawan tepung (agak2 bila dicampur ngan ubi...kalau dah keras kurangkan,agak2 melekat ditangan)
*sedikit garam.
*ketiga2 bahan tersebut digaul,kemudian bentukkan gegelang
goreng dalam api yang sederhana panas

Setelah siap.
panaskan secawan gula ngan 1/2 cawan air
tunggu sehingga gula hancur dan masukkan kuih gegelang tadi
kacau sehingga gula tersebut menjadi putih ,siap untuk di makan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan