Selasa, 29 Mei 2012

Nasi Beriani Yemen.

Pada Bulan Mac 2012 ,Maz menjemput Puan Sharifah Khiratinisa mengajar memasak Nasi Beriani Yemen di rumah maz. Di sini Maz ingin berkongsi resepi tersebut dengan kawan2....memang sedap dan selamat mencuba....

Bergambar kenangan bersama Pn Sharifah Khiratinisia.

Nasi Beriani Yemen

Nasi Beriani Yemen Oleh Pn Sharifah Khiratunisa.
 
Bahan2 Untuk rempah Beriani

2 batang kayu manis
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu teh jintan putih
lada hitam ikut pedas masing2
7-8 kuntum bunga lawang
7-8 biji buah pelaga (ambik biji kulit buang)

Semua bahan2 tadi di sangai dan kemudian blend kering.

* untuk resepi nie rempah kari tak boleh digunakan.
* Sekiranya rempah tersebut terasa pahit jadi masa memasak tak perlu halia/ bawang putih (ikut selera masing2)


UNTUK REBUSAN AYAM

Bahan2

2 ekor ayam ( potong 4@6 seekor)
2 batang kayu manis
3-4 biji pelaga
3-4 kuntum bunga cengkih
Garam secukup rasa
sedikit rempah diatas (1 sudu)

* semua bahan2 diatas direbus bersama ayam sehingga ayam betul2 masak.
Selepas ayam betul2 masak keluarkan ayam dari air rebusan.

Beras dibasuh kemudian direndan dengan garam.
(* Sekiranya menggunakan beras basmatahi pakistan hanya perlu rendam 1/2jam sahaja)
kemudian air rebusan tersebut digunakan untuk memasak beras sehingga 3/4 masak.
Setelah beras 3/4 masak ,buangkan air rebusan tadi (tapis beras )

Bahan2 menumis...
2 biji bawang besar di potong dadu
4ulas bawang kecil di dadu
3 sudu minyak sapi
rempah beriani
6 biji buah tomato (disagat buang kulit)
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk kunyit
air mawar + pewarna+ safron
tomato puree ikut masam- 3 sudu makan
sedikit daun pasli
garam ikut rasa masing2.

CARA2
Panaskan minyak sapi, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga garing.
Masukkan rempah beriani,sedikit serbuk kunyit,serbuk lada hitam (tanpa menggunakan air)
Tumis sehingga naik bau.
Masukkan tomato & tomato puree, garam dan daun pasli
Kemudian masukkan ayam yang telah direbus tadi. Masak ayam dalam 15-20min.
sekiranya suka berkuah biarkan ayam tersebut basah2 bersama kuah tetapi sekiranya nak nasi kering biarkan ayam kering bersama kuah tersebut (ikut masing2 citarasa)
Kemudian masukkan beras yang telah di masak 3/4 tadi.
ratakan beras tersebut dalam periuk...kemudian buh pewarna pada nasi....tutup periuk dengan aluminium foil kemudian tutup periuk

Tiada ulasan:

Catat Ulasan