Khamis, 3 November 2011

Kuih Lapis

Kuih nie aku belajar dari kak Sabariah Ahmad semasa di Bangkok. Bila di ingat2 kelakar pun ada masa tu sebab tak boleh nak kira bape kilo tepung masuk dalam tong sampah, pastu bila warna tak sama pulak kira kuih aku tu belum pass so turun naik tiap2 minggu le aku ke rumah kak Sabar untuk belajar. Tapi alhamdulillah sekarang aku kira dah pass le buat kuih nie...

Sempena AGM hari Selasa lepas so aku sekali lagi buat kuih nie,Kira2 dah setahun jugak aku tak membuatnya.....hehehe alhamdulillah masih menjadi....dan nie le hasilnya...


Kuih masih panas dan tak dapat dipotong so bawa ke AGM sekali2 mangkuk.




Resepi Kuih Lapis
(resepi asal dari Kak Sabariah Ahmad)

Bahan2:
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung ubi
5 cawan santan
1 cawan gula (ikut manis masing2)
sedikit garam

Cara2;
Campurkan semua bahan diatas sehingga sebati
kemudian bahgi kepada 2 warna...merah dan putih
sapukan minyak pada acuan
panaskan di atas periuk
masukkan adunan berselang seli..sehingga habis..
kukus sehingga masak.

Resepi nie jugak aku pernah gunakan semasa mendemo kuih Malaysia di Beirut (HORECA) dan mendapat sambutan dari Chef2 hotel disana...


HORECA 2009 - Pertama kali membuat  Demo di depan orang ramai
Mencuba kuih2 tradisonal Malaysia

Rabu, 2 November 2011

My Apple Pie With Ice Cream



 Thanks kak jie (Pauziah Nasir) atas resepi nie....walaupun lebih setahun tak buat alhamdulillah masih menjadi lagi dan merupakan kegemaran my hubby...Tak perlu nak duduk dapur lama2 tapi hasilnya memang memuaskan...Bagi sesiapa nak mencuba ,boleh le.....sempoi je..

Resepi Apple Pie
(Resepi Asal dari Kak Pauziah Nasir@Kak Jie)

Bahan2:-
250gm tepung
150gm butter
1 1/2 sudu kecil baking powder
3 biji apple hijau (slice nipis2)
Brown sugar / gula biasa
Telur kuning

Cara2 :-
Gaul butter ngan tepung seperti serbuk roti
Kemudian jadikan doh + 2-3 sudu air sejuk (dalam peti Ais)
Bahagikan doh kepada dua bahagian -1 besar dan 1 kecil.
Masukkan dalam peti ais sebentar.
Canaikan doh yang besar dan bubuh dalam pie dish
Kemudian susun apple yang dislice tadi ngan diselang seli dengan brown sugar sampai apple habis.
Canai doh yang satu lagi dan tutup bahagian atasnya kemudian tekan bahagian tepi ngan garpu.
Sapu kuning telur
Bakar dalam oven 1/2jam(150c) atau sampai kuning/masak.guna api atas bawah.