Sempena AGM hari Selasa lepas so aku sekali lagi buat kuih nie,Kira2 dah setahun jugak aku tak membuatnya.....hehehe alhamdulillah masih menjadi....dan nie le hasilnya...
Kuih masih panas dan tak dapat dipotong so bawa ke AGM sekali2 mangkuk. |
(resepi asal dari Kak Sabariah Ahmad)
Bahan2:
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung ubi
5 cawan santan
1 cawan gula (ikut manis masing2)
sedikit garam
Cara2;
Campurkan semua bahan diatas sehingga sebati
kemudian bahgi kepada 2 warna...merah dan putih
sapukan minyak pada acuan
panaskan di atas periuk
masukkan adunan berselang seli..sehingga habis..
kukus sehingga masak.
Resepi nie jugak aku pernah gunakan semasa mendemo kuih Malaysia di Beirut (HORECA) dan mendapat sambutan dari Chef2 hotel disana...
HORECA 2009 - Pertama kali membuat Demo di depan orang ramai |
Mencuba kuih2 tradisonal Malaysia |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan