Dah lama mencari cara mudah nak buat taugeh yang panjang2 cam di Msia, selalu cuba jadi pendek2 je..Semalam Azie belek2 fb Perwakilan so terjumpa cara mudah nak buat taugeh nie...so jom kita tenguk camna cara Puan Aanie Abd Majid membuat taugeh yang menjadi...Nanti ada masa Azie pun nak cuba jugak...
Mula-mula rendam kacang hijau atau kacang hitam semalaman. Pastu, ambil botol mineral, potong di atasnya untuk memudahkan kita nak keluarkan ia dan siram ia. Tebuk lubang di bawahnya banyak2. Masukkan kain ke dalam botol ni, taburlah kacang tadi. renjis dan basahkan. Balut dengan kain, botol ni, basahkan dulu. lepas tu balut dgn plastik hitam, K.Ni guna plastik sampah, kalau ada kain hitam pun boleh juga. Simpan di dalam kebinet or tempat yang takde cahaya langsung, biar gelap. Setiap pagi renjis air dan simpan lagi, sampailah taugeh tu menjadi, kalau suka panjang biar lama sikit, ikut suka. Bila dah ok taugeh tu, tarik kain di dalamnya, dan boleh lah buang ekor taugeh, dah boleh masak, buat cucur udang ke, masuk dlm bihun ke, mee ke, pandai sendiri lah. ok ini je tips untuk kali ini...Selamat mencuba.
|
|
|
|
|
|
Azie ucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Aanie Abd Majid di Sarajevo kerana sudi berkongsi ilmu dengan kita. Hanya Allah aje yang dapat membalasnya.Info nie cukup bermakna buat orang2 seperti Azie yang merantau dan sekali sekala teringin merasa makanan di Msia...
Buat teman2 semua SELAMAT MENCUBA ....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan