Selasa, 29 Mei 2012

Coklat Cake



Coklat kek nie selalunya aku buat untuk makan sendiri, resepi asal aku telah ubah suai, tapi alhamdulillah semua yang makan puas hati dan yang paling penting kek nie senang dibuat.
Aku masukkan resepi nie atas permintaan seseorang. Bagi yang ingin mencuba nie resepinya...

RESEPI KEK COKLAT MUDAH

BAHAN A

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

* semua bahan di atas di ayak 3 kali.

BAHAN B

2 biji telur
2 cawan gula
1 cawan minyak masak
1 tin susu cair cornation

BAHAN C

1/2 cawan koko
1 tin susu cair
1/2 butter
susu pekat manis ikut rasa

Cara2nya

-Campurkan semua bahan B ke dalam mangkuk dan gaul hingga sebati.(Maz masukkan dalam blend dan blend semua bahan B)
- Kemudian campurkan bahan A (yang sudah di ayak 3x) dengan bahan B. Kemudian gaul sebati.
- Masukkan dalam loyang yang telah disapu dengan butter @ majerin
-Bakar dalam oven 200c sehingga masak.

*Sekiranya kek nie dikukus ,ia akan menjadi lebih moist....tetapi permukaan loyang kena tutup dengan aluminium foil untuk mengelakkan wap jatuh ke dalam adunan tepung tersebut).

Cara2 Membuat Topping

-Kesemua bahan C dicampur dan kacau atas api yang perlahan hingga pekat.
-Biarkan sejuk sedikit dan kemudian tuang di atas kek yang telah masak. ( kek dibiarkan sejuk terlebih dahulu)
  *** Maz juga menggunakan resepi nie untuk membuat cupcake buat bekalan anak ke sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan