Isnin, 15 April 2013

MEMBUAT TAUHU DI PERANTAUAN...


Bila merantau macam2 terasa nak makan makanan Malaysia, salah satunya tauhu...bila goreng makan panas2 pun sedap, nak buat tauhu sumbat le, sambal le & macam2 lagi. Di Turki ni tauhu takde dijual di kedai2 so kalau nak kitaorang kena order dari orang Indonesia. Besar gambar yang Azie tunjukkan tu harga lebih kurang rm50 kat msia.Nak tak nak terpaksa beli jugak bila nak makan.
Masa Majlis Morning Coffee rumah Azie bulan mac 2013 Azie telah menjemput Ibu Bintari dari Indonesia untuk mengajar kami cara2 membuat tauhu. jadi di sini Azie mengambil kesempatan nak berkongsi ngan member2 blog Azie, mana le tahu ada jugak yang macam Azie merantau dan benda nie susah nak dapatkan....
 
 
Tauhu yang di hasilkan.
 
 
 Resepi Tauhu Oleh Ibu Bintari Ijaya sulama

Bahan-bahan :-
1/2 kilo kacang soya
air lemon (dalam Botol)

 Cara2:-
Kacang soya di rendam semalaman ( 6-8 jam) - tak perlu buang kulit.
Cuci dan toskan.
Blend kacang soya tersebut dengan air ( sukatan untuk blend soya 1 cawan soya + 3 1/2 cawan air)
Tapis dengan kain maslin. Kemudian perah sehingga kering kacang soya yang di blend tadi,
Rebus air soya sehingga naik wap @ mengelegak & kacau sekali sekala.
Setelah air soya tadi naik wap, tutup api dan sejukkan selama 30 minit.
Masukkan 1/2 cawan air lemon (125ml) ke dalam air soya tadi dan kacau.
(* Air tadi akan menjadi ketul2 @ gumpal)
Tapis dengan kain maslin sambil diletakkan dalam bekas penapis ( bertujuan untuk mengeluarkan air)
Taburkan sedikit garam untuk mendapat rasa (* ikut cita rasa)- 2 sudu kecil & kacau.
Toskan selama 2 jam. siap dan boleh di makan.




Kain maslin yang digunakan
Jus lemon yang digunakan


Air soya yang disejukkan selama 30 min
begini le keadaan air soya yang telah diletakkan lemon.

Bekas yang digunakan untuk menapis air soya tadi & mendapatkan bentuk tauhu
Menapis air soya tadi.


sambil mengacau untuk mengeluarkan air & yang tinggal gumpulan2 soya je.


* Dah ada member Azie yang mencuba resepi nie, ada yang cakap tauhu yang dihasilkan lembut & sedap, dan ada yang cakap agak keras tapi Azie rasa hasil tauhu nie bergantung kepada lemon yang digunakan.Member Azie yang di Ankara nie guna lemon seperti gambar di atas hasilnya memuaskan, tapi member azie yang di tempat lain cakap agak keras so bagi yang nak mencuba tu Azie rasa pandai2 le agak2 ngan lemon yang digunakan ye...
 
SELAMAT MENCUBA

 

2 ulasan: