Rabu, 6 Februari 2019

Nasi goreng simple


Bila merantau cam azie ni kadang kala selalu masak pun rasa jemu,  nak makan luar selalunya xbape nak kena ngan anak tekak kita. So hari ni minta cik hubby masakkan , tak  kisah lah nak masak apa pun janji boleh makan.

Boleh pulak dia cakap kalau xsedap you kena makan jugak  hahaha mana boleh dah masak tak makan kan, selalunya sebagai isteri kita xbyk cerewat macam org laki , apa ada je kita boleh makan .

Jom azie belanja resepi nasi goreng my hubby. Tenguk gambar nampak menyelerakan ....... sendiri puji cik hubby kita , azie bgi 4 bintang πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•



Nasi goreng my hubby


 Resepi Nasi Goreng My Hubby


Bahan2
1 cawan nasi
3 biji cili padi 
3 ulas bawang merah
Ikan bilis( ikut suka nak byk ke sikit)
Sayur sawi ikut suka nak byk ke sikit
Sedikit garam
Kicap masin( hubby azie xsuka kicap manis so kalau masak byk guna yg masin jeπŸ˜‰)

 Cara2
1. Tumbuk cili padi, bawang & ikan bilis
( agak kasar2 je xyah halus sangat)
2. Panaskan sedikit minyak, masukkan bahan yg ditumbuk tadi, tumis sampai naik bau & garing , pastu masukkan sayur sawi ( stail arwah mak mertua kalau goreng nasi memang masukkan sayur dulu)
3. Sayur dah separuh layu baru masukkan nasi, gaul rata  kemudian masukkan sedikit garam ngan kicap,.. kacau bagi sebati dan rasa le ikut citarasa masing2 ye.  Kalau nak masukkan secukup rasa ke , pasti sedap ke boleh  kurangkan garam. Azie memang jarang pakai benda2 tu sebab cik hubby xsuka .
 Akhir sekali siap utk dimakanπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹.
Boleh jugak dihidang ngan telur mata, tapi cik hubby dah malas so makan apa yg ada je

SELAMAT MENJAMU SELERA

Isnin, 4 Februari 2019

Lama betul azie xupdate blog ni . Bukan apa terlupa password nak log in  nasib baik bila dah cuba berkali2  akhirnya dapat log in semula.

Azie sekarang  berada di bumi Canada iaitu di Vancouver, dah nak masuk tahun ke 3. So maknanya azie ada lebih kurang setahun setengah je lagi di sini, uummpp cuaca di sini alhamdulillah just nice, makanan pulak boleh dikatakan senang le nak dapat cam di Malaysia. Pokok kata mak bapak ngan family je yang xde. Tapi of course le rindu kat tanahair. πŸ’•πŸ’•πŸ’•

Oo ya skg bulan feb 2019 so masih winter, this year snown lambat turun di Vancouver, semalam baru snown sampai di kaw rumah azie so bangun pagi tdi boleh le menikmati view memutih dihadapan mata wpun pun xtebal . Syukur Ya Allah atas nikmatmu yg xpernah berhenti.

Ok azie stop sini dulu hari ni saja nak test blog yg dah lama tinggal, nanti bila free kita update lagi ye.
Jom Azie belanja photo pgi tadi😘😘😘, view memutih di halaman rumah azie.



View pagi tdi di halaman rumah Azie

View pagi tdi di halaman rumah Azie